Saturday, 18 June 2016
Beware !!! Angkatan Tentera Malaysia bakal jadi bank terbaru ahli politik !!!
Siapakah Raja Affandi sehingga dia layak dilantik menjadi PAT (mengetepikan 3 calon yang lebih berkelayakan) walhal dia sepatutnya bersara pada tahun ini (mengikut Titah SPB YDP Agong pada tahun 2013)
Tanda tanya ini tidak akan habis kerana, admin dan kebanyakan anggota tentera menentang sekeras-kerasnya perlantikan Raja Afandi sebagai PAT yang baru !!!
Survival politik Menhan masa kini dilihat lebih penting berbanding pertahanan Negara.
Wang yang banyak diperlukan untuk menjaga survival politik Menhan dan Raja Affandi serta mengkayakan kroni-kroni mereka. Mengapa ini terjadi ? Dimanakah wakil Raja Melayu untuk menyemak keputusan yang dipertikaikan ini ?
Thursday, 16 June 2016
MENTERI PERTAHANAN + PTD = DISASTER !!!!
1. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku pemerintah tertinggi telah menurunkan kuasa untuk Menteri Pertahanan dalam pengurusan MAT bagi pihak Baginda. Ini adalah kepercayaan mutlak Tuanku.
2. Apa yang berlaku sebaliknya Menteri menguasai MAT seolah-olah SPB YDP Agong hanyalah boneka. Bukti jelas dengan keputusan MAT 2013 yang boleh dipinda sesuka hati oleh Menhan demi untuk menjaga survival politik beliau. Fitrah manusia mestilah hendak menjaga diri dan keluarga dahulu begitulah Dato Sri Hishammuddin....
3. Demi survival politik beliau, mestilah ada kaki yang boleh membantu. Dalam hal ini, calon yang dipilih Menhan ialah PTD kerana :
i. PTD sepatutnya bersara pada 2016 tetapi dengan kerjasama Menhan dia disambung dan dinaikkan menjadi PAT untuk situasi menang-menang
ii. PTD mempunyai kroni sendiri yang boleh dipercayai termasuklah banker peribadi. Kontraktor pilihan PTD yg selalu memonopoli projek dalam Mindef ialah Dato Shafie dan Dato Hamdan. Industri pertahanan pula ialah bahagian untuk Menhan.
iii. TD mempunyai ramai anggota untuk survival.
4. Ramai yang tidak sedar bahawa Menhan akan gunakan kedudukan beliau untuk membina kem-kem baru terutamanya di Parlimen beliau. Ini akan membazirkan wang Negara tanpa disedari dan paling buruk implikasi dan rancangan ATM akan terbantut kerana terpaksa fokus ke kawasan baru. Jadi ATM terpaksa akur walaupun tiada dalam perancangan asal kerana Menhan lebih berkuasa dari SPB YDP Agong!!!
5. Idea untuk industri pertahanan tempatan adalah sangat baik tanpa campur aduk politik. Tetapi tidak sama dengan industri kenderaan. Contohnya Proton ia boleh dijalankan kerana ada pasaran, tetapi jika peralatan pertahanan termasuk kenderaan, pembeli akan melihat rekod. Malaysia bukanlah pengeluar peralatan perang
i. Kenderaan yang ada sepatutnya di selenggara dan alat ganti dibuat oleh syarikat tempatan seperti Deftech, tetapi mereka masih tidak mampu dan mengharapkan alat ganti dari negara luar !!! Sampai bilakah hasrat untuk local industry ini akan tercapai ? lebih buruknya mungkin negara mundur seperti Myanmar dan Vietnam lebih baik dari kita !!!
ii. Malaysia adalah negara yang pesat membangun, namun hingga kini tiada lagi senjata buatan Malaysia ?
iii. Transfer technology tidak berlaku sejak sekian lamanya. Alatan yang ada akan dihantar keluar negara untuk di selenggara.
iv. Deftech, Sapura dan Airod semuanya syarikat gergasi akan tetapi lihatlah sahaja tahap siaga alatan ATM, semuanya bergantung pada negara luar bukannya self reliance. Berapa lama lagikah rakyat akan disandiwarakan ?
v. Cita-cita dan impian untuk membuat peralatan sendiri banyak baiknya dari segi teori dalam konteks Malaysia tetapi kita sahaja dalam dunia yang masih menggunakan alatan tersebut. Negara lain lebih selesa membeli dari syarikat terkemuka dunia. Akibatnya alat ganti dan barang-barang berkaitan (barangan lama) terpaksa ditempah untuk pasaran kita sahaja. Tentulah harganya lebih mahal !!!
vi. Kita sepatutnya belajar dari isu tukar senjata Scorpion dari 76mm ke 90mm... seolah-olah kita lebih pakar dari syarikat pengeluar yang sudah membuat R&D !!!
vii. Kita sepatutnya belajar dari negara lain dengan membeli peralatan dari syarikat terkemuka dan terbukti baik bukannya buat produk sendiri.
6. Jadi untuk survival politik dan poket, Menhan seolah-olah tiada pilihan dan rancangan meletakkan Raja Afandi selaku PAT perlu diteruskan walaupun MAT 2013 telah menetapkan untuk Raja Afandi bersara tahun ini. Ini kerana beliau tiada pilihan lain kerana kebanyakan anggota tentera dilatih untuk menjaga kedaulatan Tanahair berbeza dengan misi Raja Afandi !!!
7. Persoalannya keadaan sekarang amatlah getir dan jika dibiarkan kombinasi KEGAGALAN ini pasti instuisi pertahanan negara hanya menunggu masa untuk terkubur.
Admin cuma mengharapkan mereka yang berkuasa untuk membetulkan KEADAAN YANG RETAK MENUNGGU PECAH ini.

MENTERI KUASAI TENTERA DIRAJA MALAYSIA
Menteri kuasai MAT ?
Pada dasarnya, Kementerian Pertahanan berperanan untuk memantau keperluan dan kemajuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar selari dengan visi Kerajaan. Ini bukanlah bermakna bahawa Menteri Pertahanan berkuasa sepenuhnya keatas ATM kerana Titah SPB YDP Agong adalah tunjang utama dalam pemerintahan ATM.
Namun pada masa kini, keadaan politik negara sangat kelam kabut dan dasar kronism yang diamalkan semakin berleluasa dan sukar dibendung. Ini menjadi barah sehingga ke dalam ATM pun ahli politik yang tamakkan kuasa dan wang ringgit sanggup mengetepikan Titah SPB YDP Agong.
Era ATM yang selama ini menjadi tunjang utama pertahanan Negara dan anggota-anggotanya sangat TAAT dan PATUH pada Raja kini dilihat lebih mengamalkan kronism dan mereka yang berkuasa sanggup melakukan apa saja untuk lebih berkuasa termasuklah mengajak Menteri serta Timbalan memainkan peranan demi mengetepikan Titah SPB YDP Agong.
Dalam post admin sebelum ini banyak menceritakan bukti bagaimana perkara ini berlaku. Mungkin tidak ramai yang faham keadaan ini namun dalam kalangan anggota Tentera yang TAAT dan PATUH mereka masih tidak berpuashati bagaimana Menteri dapat mengubah keputusan yang dibuat oleh SPB YDP Agong. Seolah Menteri lebih berkuasa !
Jika jawatan nombor 1 ATM dipegang oleh orang yang tidak beramanah dan sanggup membelot Titah SPB YDP Agong, bagaimana agaknya keadaan dalam organisasi ini sedikit masa lagi ?
Ahli politik perlu mencari dana untuk politik mereka namun adakah dengan cara menggadaikan pertahanan Negara? adakah mereka terdesak ? Sebagai contohnya projek Kem TD di Teluk Intan mana rasionalnya projek ini ? kita tahu ada kem di Grik serta pertahanan laut di Lumut. adakah ini kerana BN mahu menang di dua kerusi yang sedang ditandingi dengan meminta dana politik sebagai balasan mengadakan projek yang tidak sepatutnya. Walhal wang terssebut boleh di belanja ketempat lain contohnya memajukan lagi sistem pertahanan Negara.
Admin percaya tidak lama lagi akan ada kem di semua kawasan yang bertanding jika perkara ini berterusan terutamanya di Parlimen Menhan. Adakah dacing BN kembali tidak seimbang ? Sebagai contoh TPM juga ada membuat kem di Parlimen beliau dan dijanjikan siap menjelang PRU 14 nanti. Sebagai balasannya kepada kontraktor, dana politik akan disalurkan. Berapa banyak lagi kem akan dibuat? Sedangkan orang Melayu sudah kurang minat untuk masuk ke dalam organisasi ini.
Hasrat memajukan Def Industry adalah murni namun jika hasrat itu disulam dengan sikap kronism dan pentingkan poket serta politik sendiri. Bajet untuk kemajuan Pertahanan Negara hanya dibuat untung tanpa ada sebarang perubahan teknologi. Tidak hairan lah jika banyak helikopter terhempas, trak-trak askar terbalik dan lain-lain. Anggota tentera terkorban bukan kerana perang sebaliknya kerana POKET MEREKA YANG BERKUASA SERTA KRONI!!!
Mungkin ada yang menganggap ini bohong dan reka cerita. Tetapi anggota dalaman semua telah sedar perkara ini namun kerana Raja Afandi pandai membodek Menteri dan Timb Menhan maka tiada yang berani bersuara. Hasrat mereka untuk lahirkan ramai kontraktor tempatan adalah hanya dalam kalangan kroni mereka sendiri !!!
Paling ketara sekali dalam organisasi ini, mereka yang sama batch serta rakan rapat Raja Afandi selalu mendapat reward kenaikan pangkat. Keutamaan di beri kepada puak-puak ini demi mendapat sokongan. walaupun sudah berusia dan patut bersara, puak-puak ini masih diberi kelebihan untuk membawa mereka naik. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pertahanan Negara.
Peraturan dalam Tentera Darat juga banyak diubah mengikut kesesuaian PTD dan kroni-kroninya. Jangankan dalam TD, dalam Majlis Angkatan Tentera pun Raja masih lagi mampu mengawal sehingga Titah Perintah SPB YDP Agong pun di tolak ketepi dahulu. Jawatankuasa yang ada hanya untuk menutup mata rakyat agar tidak nampak apa yang berlaku.
PTD dan Menhan ... Tolonglah langkah kebelakang semula sebelum NEGARA TERGADAI !!!
DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
Tuesday, 14 June 2016
SIAPAKAH BAKAL PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) YANG BARU
Segitiga RM |
Teka teki sedang bermain di fikiran kebanyakan anggota tentera Malaysia tentang siapakah yang bakal menerajui Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT).
Berikut adalah empat Jeneral Tentera Malaysia yang sememang layak dicalonkan sebagai PAT jika ditolak ketepi isu moral, kredibiliti dan rasuah.
SIAPAKAH YANG LAYAK ?
Tahun Persaraan
1. (PTL)Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman - Tarikh perlu bersara adalah tahun 2018
2. (PTU)Jeneral Tan Sri Dato Sri Roslan Bin Saad - Tarikh perlu bersara adalah pada Jul 2016
3. (PTD)Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi - Tarikh perlu bersara adalah pada Jun 2016
4. (VC)Jeneral Tan Sri Dato Seri Panglima Hj Zulkifli - Tarikh perlu bersara adalah tahun 2018
Kepimpinan, Keletulasan, Ketaatan serta Amanah
1. PTL - Tiada apa-apa isu yang boleh disiasat atau dipersoalkan. Selepas beliau mengambil alih tampuk pimpinan di tentera Laut, isu rasuah dikalangan anggota sudah berkurangan dan langkah-langkah tegas telah beliau ambil untuk mengelakkan perkara hitam di TLDM tahun 2015 berulang.
2. PTU - Sangat tegas dan tidak ada sesiapa dengar lagi cerita bermain golf, atau melancong bersama kontraktor atau ahli politik. Namun tarikh persaraan beliau adalah pada tahun ini.
3. PTD - Terlampau banyak mengamalkan sikap kronism, terlalu hebat dalam politik sehingga anak-anak buah dari kalangan anggota tentera darat selalu dikerah untuk membuat kerja-kerja berkaitan politik. Ini terang-terang berlaku. Skandal bersama Kerabat Di-Raja Selangor juga belum pulih (Tengku Lola), selain dilihat selalu membuang masa di Padang Golf bersama kontraktor antaranya - Lt Kol (B) Shafie Roshad Pengarah Urusan Sharleen Venture, Lt Kol (B) Dato Arshad (naib president West Star) selain banyak menghabiskan masa di hotel-hotel terkemuka untuk menghisap cigar bersama.Selain bersama kontraktor kesayangan, PTD dilihat banyak menghabiskan masa bersama Timbalan Menhan Dato Sri Mohd Johari dan TKSU Pengurusan Dato Foad. PTD diketahui ramai bukan penggemar cigar namun baru-baru ini sahaja dia selalu mendapat hadiah berupa cigar yang berharga ribuan ringgit dari Cuba. Dikatakan sangat rapat dengan ahli politik hingga sanggup menghantar anak buah membuat kerja berkaitan pilihanraya Sarawak tahun ini, bukanlah perlu diperikai buat kebaikan untuk kejayaan parti bertanding, tetapi lebih mustahak adalah hal-hal berkaitan keselamatan Negara sebab itulah fungsi utama ATM.Sepatutnya bersara pada tahun 2016.
4. VC UPNM - Pernah menjawat jawatan Panglima Tentera Darat, tidak dapat menggantikan PAT sebelum ini namun di arahkan berkhidmat di UPNM. Tarikh bersara tahun 2018 dan masih berpeluang cerah untuk dilantik menjadi PAT. Tiada kedengaran sebarang isu melibatkan beliau, mungkin kerana terlalu taat dan patuh pada Raja dan Negara sehingga dipaksa ke UPNM ?
Politik
Angkatan Tentera Malaysia tidak memerlukan ahli politik didalam gagasannya melainkan hanya untuk pemantauan kewangan dan dasar kerana itu memang sudah menjadi tanggungjawab mereka namun bila politik di campur aduk dalam Sistem Pertahanan Negara, maka siapa harus dipersalahkan jika sesuatu terjadi ?
MAT April 2016
Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera pada April lepas menetapkan PTD bakal menggantikan PAT. Mengapakah ini boleh terjadi ? Apakah istimewanya PTD ini ? Mengapa Menteri Pertahanan atau Timbalan tidak memantau ? Jika dilihat dari segi kredibiliti sahaja sudah hancur dan langsung tidak layak. Lihat pula tarikh bersara dia juga sudah tahu tidak layak. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang membantu PTD untuk naik ? Siapakah mereka ?
Bakal PAT ... Siapakah Raja Affandi ?
Susulan rentetan isu pengganti PAT yang lepas, jelas kebenaran apa yang admin bentangkan dan sahlah Raja Afandi sebagai pengganti PAT dalam keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Apr/Mei 2016 yang dipengerusikan oleh Dato Seri Hishammudin selaku Menteri Pertahanan.
Apa yang kelakarnya disini, beliau telah membuat keputusan pada tahun 2013 untuk PTD sekarang Tan Sri Raja Afandi menjadi PTD sehingga Jun 2016. Ketika itu tentulah DS Hishamudin mempunyai agenda tersendiri ketika menetapkan tarikh tersebut. Menhan perlu menjawab teka teki ini yang hanya beliau sahaja ada jawapannya !!!
Mengikut prosuder, apapun keputusan MAT 2013 yang mahu dipinda hendaklah ditaklimatkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (SPB YDP) terlebih dahulu sebelum menyambung dan melantik Raja Afandi menjadi PAT. Ini dipersoalkan kerana ramai yang keliru dan menganggap kuasa MAT lebih hebat berbanding titah SPB YDP Agong walhal sebaliknya. Adakah SPB YDP Agong hanya boneka ? Adakah Raja-raja Melayu kini semakin hilang kuasa seperti zaman penjajahan dahulu ?
Perkara ini lah yang membuatkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada sistem yang ada sekarang. Malahan anggota-anggota bawahan dalam Tentera Di-Raja Malaysia juga akan semakin kurang keyakinan terhadap pemimpin mereka. Adakah Raja Afandi membayar apa-apa untuk keputusan ini ? Hanya Raja Afandi dan DS Hishamudin yang tahu jawapannya. Mengapa Raja Afandi pula yang dipilih dari 4 calon yang layak walaupun dia sepatutnya bersara ?
Jika mereka menganggap anggota tentera yang dibawah buta, ini adalah silap. Kebanyakan anggota sudah tahu aktiviti sosial Raja Afandi serta kehebatannya dalam mengampu menteri-menteri sehingga sanggup membelot dan mengetepikan titah SPB YDP Agong. Kontraktor yang menjaganya juga sudah dikenali ramai dan sangat popular dalam kalangan anggota tentera. Antaranya ialah Dato Hamdan Ismail (telong Corporation Sdn Bhd), Lt Kol (B) Dato Arshad Abd Salam (west star), Lt Kol (B) Shafie Roshad (Shaleen Venture (M) Sdn Bhd).
Kita khuatir budaya RASUAH, KRONISM dan MENGAMPU akan menular di dalam ATM dan akhirnya Negara yang akan menanggung derita hanya kerana beberapa individu yang mementingkan poket dari keselamatan Negara !
Persoalan yang paling penting ialah adakah Kuasa Raja-Raja Melayu semakin lemah ? Selagi DS Hishammudin tidak menjawab mengapa keputusan MAT 2013 tidak dipatuhi, mengapa Raja Afandi yang penuh dengan skandal dan tipu muslihat yang dilantik sebagai PAT dan mengapa ia perlu dilakukan tanpa perkenan SPB YDP Agong terlebih dahulu, maka sleagi itulah rakyat akan tertanya-tanya dan kredibiliti keseluruhan instuisi pertahanan ini akan dipersoalkan !
Jika kerajaan yang ada sekarang ini telus dan jujur Admin minta DS Hishammudin untuk jawab isu ini. Jangan hanya kerana individu-individu seperti ini nama Najib Razak yang menjadi busuk kerana tidak habis-habis dengan isu-isu besar. Jangan sampai perkara seperti ini memalukan Negara lagi seperti kes 1MDB !!!
Sejarah telah membuktikan, punca utama perpecahan serta kajatuhan sesebuah Negara dan Kerajaan adalah kerana pengkhianat serta sikap sesetengah individu yang sanggup menggadaikan Negara demi kepentingan sendiri !!!

Saturday, 11 June 2016
SENSASI DARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG SEDANG DIROMPAK
BERITA SENSASI
BERITA TERKINI
ATM DISERANG AHLI POLITIK
POLITIK WANG MAKIN BERLELUASA DI ATM
Baru-baru
ini kita telah di gemparkan banyak kes salah laku rasuah dalam
kakitangan kerajaan dan yang paling sedih adalah apabila ianya berlaku
di dalam instuisi yang menjaga keamanan negara kita iaitu ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. Semua orang tahu bahawa MINDEF / ATM adalah lubuk duit dan perkara inilah yang membuatkan mereka yang berkuasa sanggup MENGKHIANATI AMANAH NEGARA SERTA TITAH RAJA.
Kepimpinan tertinggi ATM akan diganti pada hujung tahun ini dan ianya difahamkan dibuat tanpa Pengetahuan/rujuk pada SPB YDP Agong terlebih dahulu. Kebiasaannya, sebarang kenaikan pangkat atau pertukaran tampuk pimpinan perlulah mengikut merit.
Umum
sedia maklum bahawa MAT (Majlis Angkatan Tentera) adalah badan yang
membuat keputusan terhadap semua urusan dalaman ATM bagi pihak SPB YDP
Agong sebelum mendapat perkenan Baginda. Menteri Pertahanan juga bertanggungjawab menyemak dan memperhalusi supaya projek-projek Mega tidak diberi kepada kroni-kroni.
Pada Jun 2013, mesyuarat telah memutuskan Panglima Tentera Darat (PTD) Sekarang Tan Sri Raja Affandi untuk mengambil alih PTD mulai Jun 2013 hingga Jun 2016
Pada
Mei 2016, admin dimaklumkan PTD sepatutnya lebih awal lagi membuat
persediaan untuk persaraan namun sehingga kini tiada apa-apa yang
berlaku seolah-olah beliau mempunyai agenda tersendiri.
Mengikut
tradisi dan kredibiliti, mereka yang layak dipertimbangkan untuk
menggantikan PAT adalah dari kalangan ATM yang berpangkat General empat
bintang iaitu :
i. PTD
ii. PTL
iii. PTU
Apa
yang dijangka adalah benar apabila MAT yang baru memutuskan Tan Sri
Raja Affandi akan mengambil alih tugas Panglima Angkatan Tentera
Malaysia (PAT) walhal PTD sepatutnya memajukan permohonan persaraan
(rujuk MAT Jun 2013) pada jan 2016 bukannya diberi "reward" atas
kehebatannya membuat duit untuk ahli-ahli politik (merujuk kepada jakel,
saling erti sdn bhd dan lain-lain).
Selain
kontraktor-kontraktor dari kroni PTD yang memonopoli projek besar,
pertukaran kuasa serta kenaikan pangkat juga telah tidak mengikut merit
seperti sepatutnya tetapi ia telah dimonopoli oleh PTD yang berkuasa dan
memilih sesiapa sahaja yang pandai membodek untuk diletakkan di mana
mereka suka supaya perjalanan kewangan tidak bocor.
Warga ATM keseluruhannya keliru dengan keputusan ini dan ianya sangatlah JANGGAL memandangkan lantikan tersebut dikatakan tidak mengikut struktur yang sedia ada. APA YANG PASTI, PADA PRU 14 AKAN DATANG, UNDI DARI KALANGAN TENTERA PASTI AKAN BERKURANGAN.

Majlis MAT juga mampu dipengaruhi PTD sehingga keputusan tersebut dibuat. Siapakah dibelakang PTD ?
Keputusan
MAT mudah ditukar bagi Tan Sri Raja Affandi dan ini lah perkara utama
yang membuatkan pegawai-pegawai tinggi tentera yang TAAT dah PATUH pada RAJA DAN NEGARA merasa tidak berpuas hati.
Lebih
pelik lagi apabila dikatakan rakan sekampungnya serta rakan yang sama
batch dengan Tan Sri Raja Affandi dikatakan telah naik pangkat atas
"perkenan" PTD sendiri.
Mereka-mereka
yang berkuasa ini masih lagi bebas berfoya-foya, melayan borak di
hotel-hotel mewah sambil menghisap curut yang ribuan ringgit, malah
bermain golf bersama ahli politik yang berpengaruh.
Fakta ini adalah tepat dan kesemua Anggota Tentera sudah tahu akan pergolakan politik dalaman ini. POLITIK TIDAK SEHARUSNYA ADA DI DALAM INSTUISI PERTAHANAN UTAMA NEGARA.
Yang paling sedih bila ini berlaku ialah, walaupun berbilion ringgit dikhaskan
setiap tahun untuk pertahanan negara, namun kebanyakan aset-aset
penting ATM adalah teknologi lama dan ini tidak sepatutnya berlaku
kepada Negara kita yang BERBELANJA MEWAH dalam pertahanan Negara.
Kemanakah perbelanjaan ini pergi ?
Apakah istimewanya PTD sekarang hinggakan keputusan MAT 2013 boleh dipinda sesuka hati tanpa merujuk kepada SPB YDP Agong terlebih dahulu ? Mengapakah Menteri Pertahanan tidak konsisten dengan keputusan MAT ? Mengapa amalan KRONISM ini tidak disedari oleh Menteri Pertahanan ? Adakah beliau terlibat sekali ? Apakah semua ini boleh dibeli ?
Ahli politik yang tamakkan kuasa dan wang ini sanggup menggadaikan dan memperjudikan instuisi pertahanan Negara kita. Lebih MEMALUKAN apabila kita tahu ada dikalangan mereka yang berkuasa dalam ATM juga lebih mementingkan poket dari prinsip mereka.
Admin berpendapat, cukuplah seorang sahaja Tuanku iaitu SPB YDP AGONG.. ATM serta TD perlu seorang pemimpin yang ADIL,TAAT dan SETIA kepada Negara bukan Raja Affandi yang umum tahu sangat pilih kasih dan mengamalkan sikap kronism yang bakal merosakkan organisasi. Harapan kita supaya Menteri Pertahanan atau Timbalan tidak buta untuk melihat muslihat Raja Affandi.

Apakah yang mampu kita lakukan ?
Adakah kita perlu tunggu dan lihat sahaja ?
Adakah kita telah bersedia ?
Subscribe to:
Posts (Atom)