Thursday, 16 June 2016

MENTERI PERTAHANAN + PTD = DISASTER !!!!

1. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku pemerintah tertinggi telah menurunkan kuasa untuk Menteri Pertahanan dalam pengurusan MAT bagi pihak Baginda. Ini adalah kepercayaan mutlak Tuanku.

2. Apa yang berlaku sebaliknya Menteri menguasai MAT seolah-olah SPB YDP Agong hanyalah boneka. Bukti jelas dengan keputusan MAT 2013 yang boleh dipinda sesuka hati oleh Menhan demi untuk menjaga survival politik beliau. Fitrah manusia mestilah hendak menjaga diri dan keluarga dahulu begitulah Dato Sri Hishammuddin....

3. Demi survival politik beliau, mestilah ada kaki yang boleh membantu. Dalam hal ini, calon yang dipilih Menhan ialah PTD kerana :
i. PTD sepatutnya bersara pada 2016 tetapi dengan kerjasama Menhan dia disambung dan dinaikkan menjadi PAT untuk situasi menang-menang
ii. PTD mempunyai kroni sendiri yang boleh dipercayai termasuklah banker peribadi. Kontraktor pilihan PTD yg selalu memonopoli projek dalam Mindef ialah Dato Shafie dan Dato Hamdan. Industri pertahanan pula ialah bahagian untuk Menhan.
iii. TD mempunyai ramai anggota untuk survival.

4. Ramai yang tidak sedar bahawa Menhan akan gunakan kedudukan beliau untuk membina kem-kem baru terutamanya di Parlimen beliau. Ini akan membazirkan wang Negara tanpa disedari dan paling buruk implikasi dan rancangan ATM akan terbantut kerana terpaksa fokus ke kawasan baru. Jadi ATM terpaksa akur walaupun tiada dalam perancangan asal kerana Menhan lebih berkuasa dari SPB YDP Agong!!!

5. Idea untuk industri pertahanan tempatan adalah sangat baik tanpa campur aduk politik. Tetapi tidak sama dengan industri kenderaan. Contohnya Proton ia boleh dijalankan kerana ada pasaran, tetapi jika peralatan pertahanan termasuk kenderaan, pembeli akan melihat rekod. Malaysia bukanlah pengeluar peralatan perang
i. Kenderaan yang ada sepatutnya di selenggara dan alat ganti dibuat oleh syarikat tempatan seperti Deftech, tetapi mereka masih tidak mampu dan mengharapkan alat ganti dari negara luar !!! Sampai bilakah hasrat untuk local industry ini akan tercapai ? lebih buruknya mungkin negara mundur seperti Myanmar dan Vietnam lebih baik dari kita !!! 
ii. Malaysia adalah negara yang pesat membangun, namun hingga kini tiada lagi senjata buatan Malaysia ?
iii. Transfer technology tidak berlaku sejak sekian lamanya. Alatan yang ada akan dihantar keluar negara untuk di selenggara.
iv. Deftech, Sapura dan Airod semuanya syarikat gergasi akan tetapi lihatlah sahaja tahap siaga alatan ATM, semuanya bergantung pada negara luar bukannya self reliance. Berapa lama lagikah rakyat akan disandiwarakan ?
v. Cita-cita dan impian untuk membuat peralatan sendiri banyak baiknya dari segi teori dalam konteks Malaysia tetapi kita sahaja dalam dunia yang masih menggunakan alatan tersebut. Negara lain lebih selesa membeli dari syarikat terkemuka dunia. Akibatnya alat ganti dan barang-barang berkaitan (barangan lama) terpaksa ditempah untuk pasaran kita sahaja. Tentulah harganya lebih mahal !!!
vi. Kita sepatutnya belajar dari isu tukar senjata Scorpion dari 76mm ke 90mm... seolah-olah kita lebih pakar dari syarikat pengeluar yang sudah membuat R&D !!!
vii. Kita sepatutnya belajar dari negara lain dengan membeli peralatan dari syarikat terkemuka dan terbukti baik bukannya buat produk sendiri.

6. Jadi untuk survival politik dan poket, Menhan seolah-olah tiada pilihan dan rancangan meletakkan Raja Afandi selaku PAT perlu diteruskan walaupun MAT 2013 telah menetapkan untuk Raja Afandi bersara tahun ini. Ini kerana beliau tiada pilihan lain kerana kebanyakan anggota tentera dilatih untuk menjaga kedaulatan Tanahair berbeza dengan misi Raja Afandi !!!


7. Persoalannya keadaan sekarang amatlah getir dan jika dibiarkan kombinasi KEGAGALAN ini pasti instuisi pertahanan negara hanya menunggu masa untuk terkubur.

 Admin cuma mengharapkan mereka yang berkuasa untuk membetulkan KEADAAN YANG RETAK MENUNGGU PECAH ini.

No comments:

Post a Comment