Tuesday, 14 June 2016

SIAPAKAH BAKAL PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) YANG BARU

Segitiga RM

Teka teki sedang bermain di fikiran kebanyakan anggota tentera Malaysia tentang siapakah yang bakal menerajui Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT).


Berikut adalah empat Jeneral Tentera Malaysia yang sememang layak dicalonkan sebagai PAT jika ditolak ketepi isu moral, kredibiliti dan rasuah.




SIAPAKAH YANG LAYAK ? 

Tahun Persaraan
1. (PTL)Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman - Tarikh perlu bersara adalah tahun 2018
2. (PTU)Jeneral Tan Sri Dato Sri Roslan Bin Saad - Tarikh perlu bersara adalah pada Jul 2016
3. (PTD)Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi - Tarikh perlu bersara adalah pada Jun 2016
4. (VC)Jeneral Tan Sri Dato Seri Panglima Hj Zulkifli - Tarikh perlu bersara adalah tahun 2018

Kepimpinan, Keletulasan, Ketaatan serta Amanah

1. PTL - Tiada apa-apa isu yang boleh disiasat atau dipersoalkan. Selepas beliau mengambil alih tampuk pimpinan di tentera Laut, isu rasuah dikalangan anggota sudah berkurangan dan langkah-langkah tegas telah beliau ambil untuk mengelakkan perkara hitam di TLDM tahun 2015 berulang.
2. PTU - Sangat tegas dan tidak ada sesiapa dengar lagi cerita bermain golf, atau melancong bersama kontraktor atau ahli politik. Namun tarikh persaraan beliau adalah pada tahun ini.
3. PTD - Terlampau banyak mengamalkan sikap kronism, terlalu hebat dalam politik sehingga anak-anak buah dari kalangan anggota tentera darat selalu dikerah untuk membuat kerja-kerja berkaitan politik. Ini terang-terang berlaku. Skandal bersama Kerabat Di-Raja Selangor juga belum pulih (Tengku Lola), selain dilihat selalu membuang masa di Padang Golf bersama kontraktor antaranya - Lt Kol (B) Shafie Roshad Pengarah Urusan Sharleen Venture, Lt Kol (B) Dato Arshad  (naib president West Star) selain banyak menghabiskan masa di hotel-hotel terkemuka untuk menghisap cigar bersama.Selain bersama kontraktor kesayangan, PTD dilihat banyak menghabiskan masa bersama Timbalan Menhan Dato Sri Mohd Johari dan TKSU Pengurusan Dato Foad. PTD diketahui ramai bukan penggemar cigar namun baru-baru ini sahaja dia selalu mendapat hadiah berupa cigar yang berharga ribuan ringgit dari Cuba. Dikatakan sangat rapat dengan ahli politik hingga sanggup menghantar anak buah membuat kerja berkaitan pilihanraya Sarawak tahun ini, bukanlah perlu diperikai buat kebaikan untuk kejayaan parti bertanding, tetapi lebih mustahak adalah hal-hal berkaitan keselamatan Negara sebab itulah fungsi utama ATM.Sepatutnya bersara pada tahun 2016.
4. VC UPNM - Pernah menjawat jawatan Panglima Tentera Darat, tidak dapat menggantikan PAT sebelum ini namun di arahkan berkhidmat di UPNM. Tarikh bersara tahun 2018 dan masih berpeluang cerah untuk dilantik menjadi PAT. Tiada kedengaran sebarang isu melibatkan beliau, mungkin kerana terlalu taat dan patuh pada Raja dan Negara sehingga dipaksa ke UPNM ? 

Politik

Angkatan Tentera Malaysia tidak memerlukan ahli politik didalam gagasannya melainkan hanya untuk pemantauan kewangan dan dasar kerana itu memang sudah menjadi tanggungjawab mereka namun bila politik di campur aduk dalam Sistem Pertahanan Negara, maka siapa harus dipersalahkan jika sesuatu terjadi ? 

MAT April 2016

Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera pada April lepas menetapkan PTD bakal menggantikan PAT. Mengapakah ini boleh terjadi ? Apakah istimewanya PTD ini ? Mengapa Menteri Pertahanan atau Timbalan tidak memantau ? Jika dilihat dari segi kredibiliti sahaja sudah hancur dan langsung tidak layak. Lihat pula tarikh bersara dia juga sudah tahu tidak layak. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang membantu PTD untuk naik ? Siapakah mereka ?

Bakal PAT ... Siapakah Raja Affandi ? 

Susulan rentetan isu pengganti PAT yang lepas, jelas kebenaran apa yang admin bentangkan dan sahlah Raja Afandi sebagai pengganti PAT dalam keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Apr/Mei 2016 yang dipengerusikan oleh Dato Seri Hishammudin selaku Menteri Pertahanan.

Apa yang kelakarnya disini, beliau telah membuat keputusan pada tahun 2013 untuk PTD sekarang Tan Sri Raja Afandi menjadi PTD sehingga Jun 2016. Ketika itu tentulah DS Hishamudin mempunyai agenda tersendiri ketika menetapkan tarikh tersebut. Menhan perlu menjawab teka teki ini yang hanya beliau sahaja ada jawapannya !!!

Mengikut prosuder, apapun keputusan MAT 2013 yang mahu dipinda hendaklah ditaklimatkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (SPB YDP) terlebih dahulu sebelum menyambung dan melantik Raja Afandi menjadi PAT. Ini dipersoalkan kerana ramai yang keliru dan menganggap kuasa MAT lebih hebat berbanding titah SPB YDP Agong walhal sebaliknya. Adakah SPB YDP Agong hanya boneka ? Adakah Raja-raja Melayu kini semakin hilang kuasa seperti zaman penjajahan dahulu ?

Perkara ini lah yang membuatkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada sistem yang ada sekarang. Malahan anggota-anggota bawahan dalam Tentera Di-Raja Malaysia juga akan semakin kurang keyakinan terhadap pemimpin mereka. Adakah Raja Afandi membayar apa-apa untuk keputusan ini ? Hanya Raja Afandi dan DS Hishamudin yang tahu jawapannya. Mengapa Raja Afandi pula yang dipilih dari 4 calon yang layak walaupun dia sepatutnya bersara ?

Jika mereka menganggap anggota tentera yang dibawah buta, ini adalah silap. Kebanyakan anggota sudah tahu aktiviti sosial Raja Afandi serta kehebatannya dalam mengampu menteri-menteri sehingga sanggup membelot dan mengetepikan titah SPB YDP Agong. Kontraktor yang menjaganya juga sudah dikenali ramai dan sangat popular dalam kalangan anggota tentera. Antaranya ialah Dato Hamdan Ismail (telong Corporation Sdn Bhd), Lt Kol (B) Dato Arshad Abd Salam (west star), Lt Kol (B) Shafie Roshad (Shaleen Venture (M) Sdn Bhd).

Kita khuatir budaya RASUAH, KRONISM dan MENGAMPU akan menular di dalam ATM dan akhirnya Negara yang akan menanggung derita hanya kerana beberapa individu yang mementingkan poket dari keselamatan Negara !

Persoalan yang paling penting ialah adakah Kuasa Raja-Raja Melayu semakin lemah ? Selagi DS Hishammudin tidak menjawab mengapa keputusan MAT 2013 tidak dipatuhi, mengapa Raja Afandi yang penuh dengan skandal dan tipu muslihat yang dilantik sebagai PAT dan mengapa ia perlu dilakukan tanpa perkenan SPB YDP Agong terlebih dahulu, maka sleagi itulah rakyat akan tertanya-tanya dan kredibiliti keseluruhan instuisi pertahanan ini akan dipersoalkan !

Jika kerajaan yang ada sekarang ini telus dan jujur Admin minta DS Hishammudin untuk jawab isu ini. Jangan hanya kerana individu-individu seperti ini nama Najib Razak yang menjadi busuk kerana tidak habis-habis dengan isu-isu besar. Jangan sampai perkara seperti ini memalukan Negara lagi seperti kes 1MDB !!!

Sejarah telah membuktikan, punca utama perpecahan serta kajatuhan sesebuah Negara dan Kerajaan adalah kerana pengkhianat serta sikap sesetengah individu yang sanggup menggadaikan Negara demi kepentingan sendiri !!!



No comments:

Post a Comment