Saturday, 11 June 2016

SENSASI DARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG SEDANG DIROMPAK

BERITA SENSASI
BERITA TERKINI 
ATM DISERANG AHLI POLITIK 
POLITIK WANG MAKIN BERLELUASA DI ATM


Baru-baru ini kita telah di gemparkan banyak kes salah laku rasuah dalam kakitangan kerajaan dan yang paling sedih adalah apabila ianya berlaku di dalam instuisi yang menjaga keamanan negara kita iaitu ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. Semua orang tahu bahawa MINDEF / ATM adalah lubuk duit dan perkara inilah yang membuatkan mereka yang berkuasa sanggup MENGKHIANATI AMANAH NEGARA SERTA TITAH RAJA.

Kepimpinan tertinggi ATM akan diganti pada hujung tahun ini dan ianya difahamkan dibuat tanpa Pengetahuan/rujuk pada SPB YDP Agong terlebih dahulu. Kebiasaannya, sebarang kenaikan pangkat atau pertukaran tampuk pimpinan perlulah mengikut merit.
Umum sedia maklum bahawa MAT (Majlis Angkatan Tentera) adalah badan yang membuat keputusan terhadap semua urusan dalaman ATM bagi pihak SPB YDP Agong sebelum mendapat perkenan Baginda. Menteri Pertahanan juga bertanggungjawab menyemak dan memperhalusi supaya projek-projek Mega tidak diberi kepada kroni-kroni.
Pada Jun 2013, mesyuarat telah memutuskan Panglima Tentera Darat (PTD) Sekarang Tan Sri Raja Affandi untuk mengambil alih PTD mulai Jun 2013 hingga Jun 2016
Pada Mei 2016, admin dimaklumkan PTD sepatutnya lebih awal lagi membuat persediaan untuk persaraan namun sehingga kini tiada apa-apa yang berlaku seolah-olah beliau mempunyai agenda tersendiri.
Mengikut tradisi dan kredibiliti, mereka yang layak dipertimbangkan untuk menggantikan PAT adalah dari kalangan ATM yang berpangkat General empat bintang iaitu : 
i. PTD
ii. PTL
iii. PTU
iv. VC

Apa yang dijangka adalah benar apabila MAT yang baru memutuskan Tan Sri Raja Affandi akan mengambil alih tugas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) walhal PTD sepatutnya memajukan permohonan persaraan (rujuk MAT Jun 2013) pada jan 2016 bukannya diberi "reward" atas kehebatannya membuat duit untuk ahli-ahli politik (merujuk kepada jakel, saling erti sdn bhd dan lain-lain).
Selain kontraktor-kontraktor dari kroni PTD yang memonopoli projek besar, pertukaran kuasa serta kenaikan pangkat juga telah tidak mengikut merit seperti sepatutnya tetapi ia telah dimonopoli oleh PTD yang berkuasa dan memilih sesiapa sahaja yang pandai membodek untuk diletakkan di mana mereka suka supaya perjalanan kewangan tidak bocor.

Warga ATM keseluruhannya keliru dengan keputusan ini dan ianya sangatlah JANGGAL memandangkan lantikan tersebut dikatakan tidak mengikut struktur yang sedia ada. APA YANG PASTI, PADA PRU 14 AKAN DATANG, UNDI DARI KALANGAN TENTERA PASTI AKAN BERKURANGAN.
Majlis MAT juga mampu dipengaruhi PTD sehingga keputusan tersebut dibuat. Siapakah dibelakang PTD ?
Keputusan MAT mudah ditukar bagi Tan Sri Raja Affandi dan ini lah perkara utama yang membuatkan pegawai-pegawai tinggi tentera yang TAAT dah PATUH pada RAJA DAN NEGARA merasa tidak berpuas hati.
Lebih pelik lagi apabila dikatakan rakan sekampungnya serta rakan yang sama batch dengan Tan Sri Raja Affandi dikatakan telah naik pangkat atas "perkenan" PTD sendiri.
Mereka-mereka yang berkuasa ini masih lagi bebas berfoya-foya, melayan borak di hotel-hotel mewah sambil menghisap curut yang ribuan ringgit, malah bermain golf bersama ahli politik yang berpengaruh.
Fakta ini adalah tepat dan kesemua Anggota Tentera sudah tahu akan pergolakan politik dalaman ini. POLITIK TIDAK SEHARUSNYA ADA DI DALAM INSTUISI PERTAHANAN UTAMA NEGARA.
Yang paling sedih bila ini berlaku ialah, walaupun berbilion ringgit dikhaskan setiap tahun untuk pertahanan negara, namun kebanyakan aset-aset penting ATM adalah teknologi lama dan ini tidak sepatutnya berlaku kepada Negara kita yang BERBELANJA MEWAH dalam pertahanan Negara. Kemanakah perbelanjaan ini pergi ?
Apakah istimewanya PTD sekarang hinggakan keputusan MAT 2013 boleh dipinda sesuka hati tanpa merujuk kepada SPB YDP Agong terlebih dahulu ? Mengapakah Menteri Pertahanan tidak konsisten dengan keputusan MAT ? Mengapa amalan KRONISM ini tidak disedari oleh Menteri Pertahanan ? Adakah beliau terlibat sekali ? Apakah semua ini boleh dibeli ?

Ahli politik yang tamakkan kuasa dan wang ini sanggup menggadaikan dan memperjudikan instuisi pertahanan Negara kita. Lebih MEMALUKAN apabila kita tahu ada dikalangan mereka yang berkuasa dalam ATM juga lebih mementingkan poket dari prinsip mereka.

Admin berpendapat, cukuplah seorang sahaja Tuanku iaitu SPB YDP AGONG.. ATM serta TD perlu seorang pemimpin yang ADIL,TAAT dan SETIA kepada Negara bukan Raja Affandi yang umum tahu sangat pilih kasih dan mengamalkan sikap kronism yang bakal merosakkan organisasi. Harapan kita supaya Menteri Pertahanan atau Timbalan tidak buta untuk melihat muslihat Raja Affandi.
Apakah yang mampu kita lakukan ? 
Adakah kita perlu tunggu dan lihat sahaja ? 
Adakah kita telah bersedia ?

4 comments:

  1. hehhehehe biasa lak blom game golf lagi...admin ada email ka mau email skit pasal game "golf" PAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. email ke : pembelarajamelayu@gmail.com atau rajashahrolnizam007@gmail.com

      Delete
    2. admin ada dapat info tu tetapi tak cukup bukti. bersama dato2 kontraktor yg menjaga dia kan

      Delete