Menteri kuasai MAT ?
Pada dasarnya, Kementerian Pertahanan berperanan untuk memantau keperluan dan kemajuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar selari dengan visi Kerajaan. Ini bukanlah bermakna bahawa Menteri Pertahanan berkuasa sepenuhnya keatas ATM kerana Titah SPB YDP Agong adalah tunjang utama dalam pemerintahan ATM.
Namun pada masa kini, keadaan politik negara sangat kelam kabut dan dasar kronism yang diamalkan semakin berleluasa dan sukar dibendung. Ini menjadi barah sehingga ke dalam ATM pun ahli politik yang tamakkan kuasa dan wang ringgit sanggup mengetepikan Titah SPB YDP Agong.
Era ATM yang selama ini menjadi tunjang utama pertahanan Negara dan anggota-anggotanya sangat TAAT dan PATUH pada Raja kini dilihat lebih mengamalkan kronism dan mereka yang berkuasa sanggup melakukan apa saja untuk lebih berkuasa termasuklah mengajak Menteri serta Timbalan memainkan peranan demi mengetepikan Titah SPB YDP Agong.
Dalam post admin sebelum ini banyak menceritakan bukti bagaimana perkara ini berlaku. Mungkin tidak ramai yang faham keadaan ini namun dalam kalangan anggota Tentera yang TAAT dan PATUH mereka masih tidak berpuashati bagaimana Menteri dapat mengubah keputusan yang dibuat oleh SPB YDP Agong. Seolah Menteri lebih berkuasa !
Jika jawatan nombor 1 ATM dipegang oleh orang yang tidak beramanah dan sanggup membelot Titah SPB YDP Agong, bagaimana agaknya keadaan dalam organisasi ini sedikit masa lagi ?
Ahli politik perlu mencari dana untuk politik mereka namun adakah dengan cara menggadaikan pertahanan Negara? adakah mereka terdesak ? Sebagai contohnya projek Kem TD di Teluk Intan mana rasionalnya projek ini ? kita tahu ada kem di Grik serta pertahanan laut di Lumut. adakah ini kerana BN mahu menang di dua kerusi yang sedang ditandingi dengan meminta dana politik sebagai balasan mengadakan projek yang tidak sepatutnya. Walhal wang terssebut boleh di belanja ketempat lain contohnya memajukan lagi sistem pertahanan Negara.
Admin percaya tidak lama lagi akan ada kem di semua kawasan yang bertanding jika perkara ini berterusan terutamanya di Parlimen Menhan. Adakah dacing BN kembali tidak seimbang ? Sebagai contoh TPM juga ada membuat kem di Parlimen beliau dan dijanjikan siap menjelang PRU 14 nanti. Sebagai balasannya kepada kontraktor, dana politik akan disalurkan. Berapa banyak lagi kem akan dibuat? Sedangkan orang Melayu sudah kurang minat untuk masuk ke dalam organisasi ini.
Hasrat memajukan Def Industry adalah murni namun jika hasrat itu disulam dengan sikap kronism dan pentingkan poket serta politik sendiri. Bajet untuk kemajuan Pertahanan Negara hanya dibuat untung tanpa ada sebarang perubahan teknologi. Tidak hairan lah jika banyak helikopter terhempas, trak-trak askar terbalik dan lain-lain. Anggota tentera terkorban bukan kerana perang sebaliknya kerana POKET MEREKA YANG BERKUASA SERTA KRONI!!!
Mungkin ada yang menganggap ini bohong dan reka cerita. Tetapi anggota dalaman semua telah sedar perkara ini namun kerana Raja Afandi pandai membodek Menteri dan Timb Menhan maka tiada yang berani bersuara. Hasrat mereka untuk lahirkan ramai kontraktor tempatan adalah hanya dalam kalangan kroni mereka sendiri !!!
Paling ketara sekali dalam organisasi ini, mereka yang sama batch serta rakan rapat Raja Afandi selalu mendapat reward kenaikan pangkat. Keutamaan di beri kepada puak-puak ini demi mendapat sokongan. walaupun sudah berusia dan patut bersara, puak-puak ini masih diberi kelebihan untuk membawa mereka naik. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pertahanan Negara.
Peraturan dalam Tentera Darat juga banyak diubah mengikut kesesuaian PTD dan kroni-kroninya. Jangankan dalam TD, dalam Majlis Angkatan Tentera pun Raja masih lagi mampu mengawal sehingga Titah Perintah SPB YDP Agong pun di tolak ketepi dahulu. Jawatankuasa yang ada hanya untuk menutup mata rakyat agar tidak nampak apa yang berlaku.
PTD dan Menhan ... Tolonglah langkah kebelakang semula sebelum NEGARA TERGADAI !!!
DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
No comments:
Post a Comment